ASSALLAMUALAIKUM & SALAM HORMAT

Dari alam nyata ke alam maya...interaksi antara pensyarah Program Pelukis Pelan Senibina KKBD kini melangkaui satu dimensi baru untuk sama-sama membangun dan meningkatkan kualiti pengetahuan dan kemahiran sediaada..dikesempatan yang tercipta ini, marilah kita bersama untuk menyumbangkan pandangan agar kita beroleh manfaat untuk meneruskan perjuangan membina bangsa dan negara...demi anak-anak didik kita, korbankanlah sedikit masa untuk bersama berkongsi ilmu dan pengalaman dalam ruang tanpa sempadan ini...

Wednesday, May 27, 2009

PRINSIP-PRINSIP ASAS LANSKAP

Kita sebagai manusia suka melihat keindahan dan kecantikan. Kita suka melihat pokok, bunga dan rumput yang cantik. Lebih-lebih lagi kita suka melihat pokok, bunga dan rumput yang tersusun sebagai sebahagian dari sebuah lanskap. Kita suka tengok, dan tentunya kita, kalau boleh, inginkan yang sama untuk kawasan kita. Tapi kita tak pernah buat sebelum ni! Jangan panik, ada beberapa prinsip-prinsip asas dalam merekacipta sebuah kawasan lanskap yang kita akan bincangkan di sini.

Rumput adalah sebahagian daripada unsur sebuah lanskap. Unsur-unsur lain termasuk lah pokok - samada pokok besar atau pokok renek – ukiran, pancutan air, jalan, jambatan dan sebagainya. Benda-benda hidup umumnya dipanggil softscape dan benda-benda hiasan 'keras' seperti ukiran, air pancut di panggil hardscape.

Ada beberapa cara untuk menyusun lanskap. Cara tradisional ialah dengan memilih tumbuhan-tumbuhan tertentu dan menyusunnya mengikut susunan tertentu. Sebenarnya terdapat tiga cara utama untuk melihat lanskap.


Jenis Tumbuhan Susunan dan Senireka Pemilihan Tumbuhan
Lanskap tradisional Penggunaan spesis tempatan dan mungkin spesis 'import' Susunan dalam bentuk formal dan informal. Tumbuhan dipilih semata-mata kerana ia cantik.
Lanskap secara semulajadi. Penggunaan spesis tempatan. Senireka meniru kawasan2 semulajadi dan menggalakkan hidupan liar tempatan. Tumbuhan dipilih kerana kecantikan DAN nilai semulajadi untuk memelihara integriti semulajadi kawasan.
Pemuliharaan Ekologi Penggunaan sepenuhnya spesis tempatan. Senireka di buat untuk menghidupkan semula komuniti semulajadi dan proses2 ekologi. Tumbuhan di pilih untuk memaksimakan struktur dan fungsi komuniti hidupan liar tempatan.

Saya tidak mencadangkan "Pemuliharaan Ekologi" untuk semua orang. Orang yang 'kurang rajin' akan membiarkan lalang dan rumput liar tumbuh dan memanggilnya 'spesis tempatan'.

Tetapi "Lanskap Semulajadi" boleh menjadi suatu kaedah yang berkesan untuk lanskap. Cara paling mudah ialah dengan membawa masuk (beli atau kutip tepi jalan) spesis pokok atau rumput yang biasa di lihat di kawasan anda. Tanam dan biar. Lepas tu, anda merumpai dengan mengeluarkan tumbuhan yang anda fikirkan tidak sesuai.

Saya pernah melakukan ini dengan tumbuhan seperti rumput Israel yang dianggap rumpai dan sejenis rumput yang tumbuh tinggi dan berbunga kuning. Saya tanam di pembahagi jalan di sebuah Kelab tempat saya bekerja dan hasilnya memuaskan! Ia sangat kos-efektif dan di masa yang sama rumput berbunga kuning itu menarik perhatian beberapa spesis burung!

Tentunya menggunakan Carpetgrass atau Phillipinegrass kurang sesuai di sini; mereka bukan spesis tempatan! Gunakan Cowgrass, Serangoon atau mungkin Pearlgrass.

Audubon International - sebuah pertubuhan alam sekitar - mendefinasikan tumbuhan tempatan atau asal (native) sebagai "Tumbuhan asal (native) berasal dan tumbuh secara semulajadi di satu kawasan atau habitat khusus".

Satu kelebihan menggunakan tumbuhan tempatan ialah - tumbuhan ini tahan kepada cuaca dan keadaan tanah tempatan.

Itu untuk pemilihan tumbuhan , berdasarkan kaedah lanskap tersebut, anda masih lagi patut untuk mematuhi beberapa prinsip senireka lanskap. Prinsip2 utama ialah;

  1. Keseragaman. Kekadang di sebut sebagai tema (Bali, Jepun, moden dsb) ataupun sekadar membuat pemilihan yang seragam tentang tumbuhan dari segi ketinggian, warna, bentuk, konsep dsb. Ia adalah tentang menyerlahkan satu idea utama tentang laman/taman anda.

  2. Keseimbangan (balance). Seimbang atau simetri di kedua belah laman, atau jalan contohnya. Ketinggian pokok yang seimbang. Dan bermacam-macam lagi contoh seimbang. Tetapi di masa yang sama, ketidakseimbangan adalah juga suatu prinsip lanskap. Contohnya bentuk flower bed yang 'free-form'. Atau bila kita mempunyai pokok renek yang anda tanam sebagai pagar hijau setinggi dua kaki, kita boleh mencelah-celahkan pada jarak tertentu (setiap 2 meter mungkin?) dengan pokok renek merah setinggi 3 kaki.

  3. Warna. Bila kita bercerita tentang lanskap, kebanyakkan orang akan berfikir tentang warna pokok atau bunga. Warna yang cerah seperti kuning, oren atau merah akan memberi pandangan seperti ia dekat dengan kita. Warna seperti hijau, biru dan pastel akan kelihatan seperti jauh dari kita. Jadi, jika kita ingin memberi pandangan bahawa laman kita besar, kita tanam bunga berwarna cerah dan terang di belakang dan yang berwarna kegelapan atau pekat ke hadapan. Tapi kalau laman rumah sebesar stem poskad, teknik ini mungkin kurang berjaya.

  4. Garisan. Kita boleh tanam sebaris pokok dalam garisan lurus ATAU berliku-liku. Kita nak buat flower-bed kita bentuk segiempat sama ke, trapezium ke atau pun bentuk hati ke, pundi kencing ke, apa ke...

  5. Saiz yang seimbang atau sekata (proportion). Ini prinsip yang mengatakan saiz semua tumbuhan, struktur dan lain2 elemen dalam suatu kawasan seharusnya sekata diantara satu sama lain. Tak cantik kalau di halaman rumah kita ada tugu gergasi kita dan kat kaki dia ada tiga spider lily - dari jenis dwarf...

  6. Ulangan. Terlalu banyak mengulang satu jenis tumbuhan, satu warna ataupun satu saiz akan menjadikan laman kita kurang menarik. Tetapi terlalu banyak jenis akan menjadikan ia nampak semak dan tidak terurus.

  7. Penyelenggaraan. Jangan korbankan praktik demi gaya. Jangan susun atau atur tumbuhan sehinggakan kita yang menjadi mangsa bila tiba masa untuk melakukan kerja-kerja penjagaan nanti. Contohnya, jangan jadikan tapak rumput pulau-pulau kecil ditengah pokok renek. Kita yang kena angkat mesin potong rumput tu dari pulau ke pulau. Atau pokok yang selalu kena pangkas kat tengah rimbunan pokok yang berduri... cerdik.

  8. Fikir ke hadapan. Jika kita tak mempunyai masa untuk melakukan kerja-kerja penjagaan, jangan pilih tumbuhan yang perlu banyak penjagaan. Daun banyak berguguran? Kita kena rajin menyapu; rumput padang golf? Kita kena rajin memotong; banyak pasu? Kena rajin tukar pasu nanti; dan sebagainya. Jadi lah realistik.

Ini semua prinsip yang boleh di jadikan garis panduan. Ia boleh digunakan di rumah atau pun di taman, padang (tepi lah jangan tengah padang) atau di keliling pejabat. Ia boleh di modify atau di terbalikkan. Pendek kata nya, macamana pun, tempat kita ikut suka hati kita sahajalah. Tapi tak ke best kalau satu hari nanti ada orang puji lanskap kita cantik, kita boleh beritahu dia (dengan menarik nafas boring macam pasal dah cerita beribu kali dah tapi dengan muka yang masih tenang dan sabar) prinsip2 yang kita gunakan atau ehem... yang kita suruh kontraktor gunakan.

No comments:

Post a Comment